Panggilan Menduduki Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 2018

Assalamualaikum,

Pada bulan Mei, 2018 iaitu sebulan selepas menghantar permohonan bagi jawatan PPT N29 terlintas di hati aku untuk menyemak sejarah permohonan dan pada ketika itu status urusan bagi jawatan PPT N29 dan jawatan-jawatan lain yang dipohon masih sama seperti sebelum ini iaitu "tiada urusan pengambilan buat masa ini".

Pada bulan Jun, 2018 status urusan bagi jawatan PPT N29 telah bertukar kepada "anda melepasi syarat-syarat permohonan". Perkara pertama yang terlintas di hati aku ialah "kerajaan nak bagi aku kerja kot...". Fikir aku dengan konfidennya memandangkan aku first class degree holder dan juga pemegang biasiswa JPA. Pada ketika itu aku fikir SPA akan tawarkan jawatan ni terus dekat aku...haha. Aku tak tahu ada pelbagai tapisan yang perlu aku dilalui sebelum ditawarkan jawatan memandangkan ini kali pertama aku memohon SPA dan memohon dalam keadaan tergesa-gesa (baca entri sebelum ini). 

Pada awal bulan Julai, 2018 aku telah menerima satu pesanan ringkas (SMS) dari SPA. Ketika itu aku dan seorang rakan sedang sibuk mencari kerja di Zon Perdagangan Bebas (FTA) Bayan Lepas. Aku memandu kereta ke setiap kilang yang ada di kawasan tersebut untuk menghantar resume sebagai ikhtiar bagi mendapatkan pekerjaan setelah gagal dipanggil melalui platform pencarian kerja seperti Jobstreet dan Indeed. 

Comments